Syd.
Abu Bakar rha. Berkata:
Orang
yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang
membinasakan, yaitu:
1.
Ia akan mati & hartanya akan
diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
2.
Hartanya akan diambil secara
paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3.
Hartanya menjadi rebutan
orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4.
Adakalanya harta itu akan dicuri
and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
.
Syd.
Umar Al Khattab Rha. Berkata:
1. Orang yang banyak ketawa itu
kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina
orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai
akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga
kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Syd.
Othman Ibnu Affan Rha. Berkata:
Antara
tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan
zikrullah
3. Kedua matanya menangis
kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapainya
dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan
akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd.
Ali Karramallahu Wajhah berkata:
1. Tiada solat yang sempurna
tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna
tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca
al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang
yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari
dosa).
5. Tiada kebaikan mengambil
teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik
ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna
ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak
bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah
harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang
orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar